AKTIVITI KE TAMAN SERENDAH SEKEBUN BUNGA DI KETEREH
Pada abad ke-17,menurut ahli sejarah dan berdasarkan kisah yang telah diturun-temurunkan
oleh masyarakat di Kelantan,tempat ini dinamakan sebagai Taman Serendah Sekebun Bunga
Cerang Tegayong iaitu satu nama yang agak menarik telah diberikan sendiri oleh Cik Siti Wan
Kembang (Raja dan Pemerintah Kelantan Ke-6) pada ketika itu,dikatakan Cik Siti Wan
Kembang pernah bersemayam di atas singahsana istana yang dulu pernah didirikan di atas bukit dalam taman ini,Cik Siti Wan
Kembang yang pada ketika itu sedang memerintah di Gunung Chinta
Wangsa (kini terletak dalam daerah Dabong,Kuala Krai,Kelantan).
Taman Serendah Sekebun Bunga atau nama sebenar tempat ini Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong diberikan gelaran bersempena keadaan lokasi dataran ini yang rata dan menarik pandangan Cik Siti Wan Kembang,sehingga hari ini,apabila digelarkan nama negeri Kelantan,pastinya Cik Siti Wan Kembang dan Taman Serendah Sekebun Bunga agak sinonim dengan masyarakat Kelantan,menurut kisah setelah itu,anak angkatnya pula iaitu Puteri Saadong telah mengambil alih taman ini dan menjadikan taman ini sebagai tempat beliau bermain dan berhibur,lokasi terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.
Selain keindahan nama timangan bagi sebuah negeri dan pemerintah wanita tersohor itu,di taman ini terdapat sebuah Replika Kapal yang dinamakan Jong Suluk Petalawati di jalan masuk utama yang membawa maksud sebagai keistimewaan apabila mengunjungi tempat ini,terdapat juga sebuah Pondok wakaf,peninggalan tapak istana dan sebuah kolamsemulajadi,Majlis Daerah Ketereh juga telah menyenaraikan dan mengiktiraf Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong ini sebagai salah satu tempat peninggalan Sejarah Kelantan dan tarikan Pelancongan di Kelantan yang perlu diperlihara dan dikunjungi.

Comments
Post a Comment