INFO KESIHATAN : PENYAKIT JANTUNG
Transkripsi
Pengenalan
& Faktor Utama Sakit jantung (dewasa)
Penyakit jantung
berlaku apabila saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolesterol
yang mengakibatkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi.
Ada beberapa
faktor yang menyumbang kepada penyakit jantung iaitu faktor pemakanan, amalan
cara hidup tidak sihat dan faktor genetik atau keturunan.
Amalan
pemakanan dan penyakit
Pengambilan
makanan tanpa menghiraukan isi kandungan dan jenis makanan akan mengakibatkan
kita terdedah dengan pelbagai gejala penyakit khususnya diabetes, darah tinggi
dan obesiti yang menjadi penyebab kepada masalah jantung .
Oleh itu cara
amalan pemakanan sihat serta mengetahui kandungan nutrisi sesuatu makanan itu
mampu mengelak dari penyakit jantung.
Kekerapan
pengambilan makanan yang berlemak dan berkolestrol tinggi seperti roti canai
dan makanan ringan lebih memudahkan untuk mendapat penyakit darah tinggi. Maka
kurangkan makanan bergoreng; pilihlah makanan yang dikukus, dipanggang
atau dibakar dan kurangkan pengambilan garam berlebihan di dalam masakan
seharian.
Selain
itu, gentian serat dalam makanan juga boleh menyerap sebahagian dari
lemak atau kolesterol. Serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah
kolesterol.
Serat semulajadi yang banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan segar turut mampu menyerap kolesterol di dalam badan.
Serat semulajadi yang banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan segar turut mampu menyerap kolesterol di dalam badan.
Pengambilan
makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula
dan minuman ringan menjadi penyebab kepada penyakit diabetes Diabetes
atau kencing manis akan mempercepat dan meningkatkan risiko serangan jantung
koronari.
Mereka yang
mempunyai kecenderungan mendapat penyakit jantung digalakkan makan daging putih
seperti daging ayam, atau ikan dan harus mengelak dari terlalu kerap memakan
daging merah “red meat” seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain.
Pengambilan
makanan secara keterlaluan akan menyebabkan seseorang itu mengalami berlebihan
berat badan atau obesiti. Ini juga akan meningkatkan lagi tekanan darah
tinggi dan paras lemak yang tidak normal di dalam badan.
Oleh itu
sentiasalah mengawal diri dari megambil makanan secara berlebihan bagi
menghindari masalah kegemukan, kerana seseorang yang memiliki lingkaran
pinggang melebihi dari 80 cm, adalah dianggap berisiko tinggi untuk mendapat
penyakit jantung.
Amalan
cara hidup
Bagi
yang suka makan, tidur dan hanya berehat tanpa melakukan aktiviti yang
mengeluarkan peluh juga amat terdedah kepada penyakit jantung.
Maka kita amat digalakkan mengamalkan cara hidup sihat seperti bersenam atau beriadah.
Maka kita amat digalakkan mengamalkan cara hidup sihat seperti bersenam atau beriadah.
Bersenamlah secara
kerap. Setiap orang dewasa yang sihat dalam lingkungan umur 18 hingga 65 tahun
seharusnya melakukan sekurang-kurangnya 30 minit senaman lima hari seminggu
atau kita juga digalakkan berjalan 10,000 langkah sehari. Bersenam akan
membantu merangsang pengaliran darah dengan lebih lancar di samping dapat mengeluarkan
peluh dan mengimbangi berat badan.
Aktiviti
seperti berjalan kaki, berlari atau jogging akan dapat menguatkan sistem
jantung seterusnya melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh.
Aktiviti sihat ini juga mampu mengatasi stres yang melanda diri seseorang.
Aktiviti sihat ini juga mampu mengatasi stres yang melanda diri seseorang.
Stres
atau tekanan juga adalah salah satu faktor yang akan menaikkan tekanan darah,
dan menyebabkan pembuluh darah menjadi kaku dan ini secara tidak langsung
memberi kesan kepada jantung kita.
Kita perlu mengawal tekanan perasaan supaya jangan cepat meradang atau runsing.
Oleh itu menghilangkan stres dengan melakukan aktiviti sihat dan santai akan mampu meredakan setiap ketegangan atau masalah dan seterusnya akan menyelamatkan jantung kita.
Kita perlu mengawal tekanan perasaan supaya jangan cepat meradang atau runsing.
Oleh itu menghilangkan stres dengan melakukan aktiviti sihat dan santai akan mampu meredakan setiap ketegangan atau masalah dan seterusnya akan menyelamatkan jantung kita.
Berbincanglah
dengan keluarga atau kawan karib sekiranya berhadapan dengan masalah kerana ini
juga adalah salah satu cara untuk mengendurkan segala tekanan yang ada.
Merokok
atau minum arak bukanlah satu perkara yang baik untuk kita kerana ia akan lebih
memudaratkan lagi diri kita. Merokok juga akan membolehkan kita berdepan dengan
pelbagai masalah penyakit terutamanya apabila umur telah melebihi 35 tahun.
Menghisap rokok memang nyata tidak baik untuk jantung, maka segeralah cuba mengurangkan atau berhenti terus agar jantung kita terus sihat dan selamat.
Menghisap rokok memang nyata tidak baik untuk jantung, maka segeralah cuba mengurangkan atau berhenti terus agar jantung kita terus sihat dan selamat.
Begitu juga
alkohol, kerana semakin banyak kita meminum alkohol maka kemungkinan besar kita
akan lebih mudah terkena serangan penyakit jantung atau penyakit lemah jantung.
Faktor
genetik
Walaupun faktor
keturunan turut memainkan peranan dalam membawa risiko penyakit
jantung namun ianya mampu dicegah lebih awal jika kita mengamalkan cara hidup
sihat dalam kehidupan seharian. Dan jika tidak mempunyai keturunan pesakit
jantung bukan bererti kita boleh mengelak dari mengamalkan cara hidup sihat.
Adalah lebih baik sekiranya kita mengambil langkah-langkah pencegahan awal.
·
Pencegahan awal
Pemeriksaan
kesihatan yang teratur adalah dinasihatkan untuk pengesanan awal dan seterusnya
mencegah dari terus mendapat penyakit jantung ini.
Pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, diabetes, tahap kolesterol perlu di lakukan setiap tahun bagi mereka yang berumur 35 tahun ke atas.
Pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, diabetes, tahap kolesterol perlu di lakukan setiap tahun bagi mereka yang berumur 35 tahun ke atas.
Sesungguhnya amalan pemakanan sihat dan cara hidup
sihat adalah jalan yang terbaik untuk mengatasi penyakit jantung dari wujud di
dalam diri kita.

Comments
Post a Comment